Jota gembira disambut baik rakan sepasukan

Oleh Ammar Hakim 30 September 2020 1633
Jota gembira disambut baik rakan sepasukan
Diogo Jota gembira di sebalik reaksi rakan sepasukan selepas dia menjaringkan gol dalam aksi sulung bersama The Reds ketika Liverpool menang 3-1 ke atas Arsenal.

Jota, yang berhijrah dari Wolves awal bulan ini, hadir sebagai pemain gantian untuk melengkapkan kemenangan di Anfield.

Ia melengkapkan kebangkitan skuad kendalian Jurgen Klopp, yang ketinggalan menerusi jaringan Alexandre Lacazette, dengan Sadio Mane dan Andy Robertson turut menemui sasaran.

Jaringan Jota memastikan mereka kekal dengan rekod kemenangan selepas tiga perlawanan dan telah disambut baik oleh rakan sepasukannya.
   
"Ia sungguh bermakna," kata Jota. "Apabila menyertai pasukan seperti Liverpool, anda perlu cuba untuk menyesuaikan diri dengan secepat mungkin.

"Cara mereka menerima saya sungguh luar biasa. Saya mahu berterima kasih kepada mereka. Saya berasakan mahu membentuk sesuatu daripada permulaan ini dan sesuatu yang cemerlang pada masa akan datang."

Liverpool sekali lagi menerima kunjungan Arsenal Khamis ini, bersaing dalam pusingan 16 PIala EFL.
 

Tentang Penulis

Ammar Hakim

Komen