Pengurus Manchester United, Jose Mourinho, percaya pemain pertahanan, Phil Jones, bersedia untuk menghadapi Tottenham dalam Liga Perdana Inggeris, Sabtu ini.

Jones mengalami kecederaan paha dalam kekalahan mengejut 2-1 United kepada pendatang baru, Huddersfield Town, minggu lalu, tetapi pemain Inggeris itu berada di bangku simpanan ketika pasukannya meraih kemengan 2-0 ke atas Swansea City dalam Piala EFL, awal pagi tadi.

Dan Mourinho berkata, Jones -- yang tidak pernah terlepas perlawanan Liga Perdana musim ini -- berada dalam senarai untuk lawatan ke Spurs yang berkongsi mata dengan United.

"Ia agak selesa dan tiada kecederaan," kata Mourinho. "Jadi ia hari yang baik untuk kami.

"Saya rasa Jones akan kembali kerana hari ini dia berada di bangku simpanan. Dia memberitahu saya dia bersedia jika saya memerlukannya. Jadi, saya percaya dia akan lebih baik untuk Sabtu ini.

"Selain itu, saya tidak mempunyai berita dan tiada harapan (untuk pemain lain)."

United dan Tottenham berada di tangga kedua dan ketiga, dengan masing-masing mengumpul 20 mata selepas sembilan perlawanan, lima mata di belakang Manchester City.