Jaringan berganda Jesus bantu Manchester City samai rekod kelab

Oleh Muzaffar Musa 3 Mac 2021 1875
Jaringan berganda Jesus bantu Manchester City samai rekod kelab
Gabriel Jesus menjaringkan gol berganda pada lewat permainan sewaktu Manchester City merekodkan 21 kemenangan berturut-turut dan menyamai rekod tanpa kalah paling panjang dalam sejarah kelab itu ketika menewaskan Wolves 4-1 di Stadium Etihad awal pagi tadi.

Jaringan pertama Conor Coady dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) membantu Wolves mengikat kedudukan selepas sejam permainan, susulan gol sendiri daripada Leander Dendoncker memberikan City pendahuluan awal.

Gol Aymeric Laporte mudian dibatalkan keranan ofsaid tetapi Jesus menemui sasaran pada 10 minit terakhir dan Riyad Mahrez menyumbat masuk gol ketiga pasukannya dalam waktu kecederaan.

Jesus kemudian memastikan jaringan keduanya selepas semakan VAR dan City semakin hampir dalam pemburuan kejuaraan mereka dengan berkelebihan 15 mata di depan pasukan di tangga kedua, Manchester United, menjelang aksi 'derby' hujung minggu ini.

Mereka tidak pernah tewas dalam 28 perlawanan berturut-turut untuk menyamai rekod terpanjang yang pernah dilakukan kelab itu pada 2017.
 


 

Tentang Penulis

Muzaffar Musa

Komen