Guardiola: Sistem dan pemain saya bukan punca kekalahan The Citizens

Oleh Iain Strachan 11 Disember 2016 1
Guardiola: Sistem dan pemain saya bukan punca kekalahan The Citizens

Pep Guardiola berkata sistem taktikalnya dan pemain-pemain Manchester City bukan punca kekalahan 4-2 kepada Leicester City dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL), awal pagi tadi.

City terpaksa menerima kekalahan 3-1 di laman sendiri kepada Chelsea minggu lalu dan tujuh hari kemudian, mereka ketinggalan 3-0 dalam tempoh 20 minit kepada juara bertahan, yang bergelut untuk mengekalkan prestasi mereka musim ini.

The Foxes mempamerkan persembahan yang mantap di Stadium King Power, dengan penyerang England, Jamie Vardy, menamatkan kemarau gol dengan jaringan hatrik.

"Leicester menggunakan strategi hantaran jauh, mereka bermain dengan baik dan berjaya menembusi pertahanan kami. Tiada masalah dengan sistem kami," kata Guardiola.

"Di awal musim, kami telah bertahan dengan baik, pemain-pemain saya juga bukan punca kekalahan kami. Kami akan kembali menganalisis semula perlawanan ini dan cuba untuk memperbaikinya."

 

Tentang Penulis

Iain Strachan

Komen