Guardiola puji identiti permainan Spurs, Chelsea 

Oleh Penulis Jemputan 15 Disember 2017 2483
Guardiola puji identiti permainan Spurs, Chelsea 
Pengurus Manchester City, Pep Guardiola, membidas rakan sejawatannya, Jose Mourinho, sambil memuji Tottenham Hotspur. 

City kini menerajui Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan 11 mata selepas menang 16 daripada 17 perlawanan, termasuk aksi 'derby' Manchester, minggu lalu. 

City bakal menyambut Spurs  pada awal pagi Ahad ini dan kemenangan akan meletakkan mereka 21 mata di hadapan seteru dari London itu. 

Dalam pujiannya terhadap skuad kendalian Mauricio Pochettino itu dan juga Chelsea, Guardiola kembali mengkritik Mourinho dan United.

"Saya fikir Tottenham dan Chelsea adalah pasukan terbaik yang ingin bermain bola sepak," kata pengurus berbangsa Sepanyol itu seperti yang dilaporkan oleh akhbar Mirror.

"Mereka tidak mengharapkan pasukan lain, mereka mahu mengetengahkan permainan sendiri dan ini satu lagi ujian menakjubkan untuk kami, tiga hari selepas bertemu Swansea.

"Selepas ini, kami akan berhitung dengan Leicester City dalam Piala Liga Inggeris. Tiada masa untuk pemulihan tetapi kami bersedia menghadapi Tottenham dan mahu mengekalkan tahap yang kami tunjukkan," tambahnya.

City telah menjaringkan 52 gol dalam 17 perlawanan liga musim ini sehingga mengundang pujian hasil corak permainan menaik yang ditampilkan sementara skuad United telah dikritik kerana pendekatan mereka di sebalik menduduki tangga kedua. 

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen