Grealish akhirnya dapat panggilan England 

Oleh Shaiful Shamsudin 1 September 2020 227
Grealish akhirnya dapat panggilan England 
Jack Grealish menerima panggilan pertama skuad senior England bagi perlawanan Liga Negara-Negara Eropah bertemu Iceland dan Denmark, sementara Marcus Rashford dan Harry Winks menarik diri.

Grealish pada mulanya dipinggirkan untuk pertemuan Kumpulan A2 dengan Iceland di Reykjavik, Ahad ini, manakala Denmark di Copenhagen tiga hari kemudian.

Ketua pasukan Aston Villa itu, bagaimanapun, tersenarai dalam skuad asuhan Gareth Southgate tersebut, yang dikritik hebat kerana mengetepikan nama pemain tengah berkenaan minggu lalu.

Pemain tengah kreatif itu pernah mewakili skuad B-21 England yang dibimbing Southgate apabila muncul juara dalam Kejohanan Toulon 2016. 

 

Khidmat penyerang Manchester United, Rashford, pula terpaksa diketepikan akibat kecederaan pergelangan kaki sementara pemain tengah Tottenham, Winks, juga belum cergas, sehubungan itu skuad Three Lions kini hanya mempunyai seramai 24 pemain. 

Rashford berkongsi perkembangannya melalui Twitter semalam:"Tidak pernah mahu mengecewakan pasukan ini tetapi perlawanan ini sudah tidak lama lagi.

"Saya telah mencuba yang terbaik tetapi seharusnya memberi tumpuan untuk memulakan musim baru dengan cemerlang, baik di peringkat kelab mahupun negara. Semoga berjaya, saya akan menceriakan anda dari rumah."

Southgate turut memanggil pertahanan Wolves yang tidak pernah beraksi di peringkat antarabangsa, Conor Coady termasuk pemain serba boleh Arsenal berusia 21 tahun, Ainsley Maitland-Niles.

 

Tentang Penulis

Shaiful Shamsudin

Komen