Gol lewat Rashford lonjak barisan kendalian Mourinho 

Oleh Penulis Jemputan 3 November 2018 589
Gol lewat Rashford lonjak barisan kendalian Mourinho 
BOURNEMOUTH 1 MANCHESTER UNITED 2

Marcus Rashford menjaringkan gol kemenangan yang menyaksikan Manchester United bangkit untuk melakar kemenangan lewat 2-1 ke atas Bournemouth dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL), sebentar tadi.


Rashford melepaskan peluang keemasan ketika tendangan bebas Ashley Young menggegar palang gawang lawan, namun dia menyelamatkan maruah barisan pemain Jose Mourinho itu dalam masa kecederaan di Stadium Vitality. 

Hantaran lintang diilhamkan Paul Pogba dari sayap kiri tepat ke arah penyerang England berkenaan yang dengan tenang melepaskan rembatan melepasi Asmir Begovic untuk United meraih kemenangan pertama liga dalam tiga percubaan.

Terdahulu, Anthony Martial menyamakan kedudukan untuk United apabila menjaringkan gol dalam aksi keempat EPL berturut-turut di sebalik permulaan garang Bournemouth -- Callum Wilson menyumbat gol pembukaan permainan -- namun berakhir dengan kehampaan. 

 

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen