Jose Mourinho berharap gol hasil jaringan Anthony Martial menentang Stoke City pada Ahad akan membantu pemain itu dalam mengembalikan prestasi sebenarnya.

Martial menamatkan kemarau gol 10 dalam perlawanan apabila dibawa masuk menggantikan Jesse Lingaard pada minit ke-67 sebelum Joe Allen meledak gol penyamaan, lima minit sebelum perlawanan berakhir.

Pemain antarabangsa Perancis itu setakat ini masih gagal memuaskan hati Mouriho musim ini, namun pengendali itu percaya jaringan tersebut mampu mengembalikan prestasi sebenar pemain itu.

"Dia perlukan gol itu," katanya.

"Satu gol yang cantik, satu inisiatif yang baik untuk meningkatkan keyakinannya."

Bagaimanapun, pemain United lain kurang menyerlah di hadapan gawang lawan, dengan penjaga gol Stoke, Lee Grant, menyelamatkan percubaan Zlatan Ibrahimovic dan Jesse Lingard manakala percubaan Pogba sekadar singgah ke tiang gol.

"Saya tidak akan mengkritik mereka kerana gagal membuat penyudah, tambahan pula penjaga gol mereka beraksi dengan cukup mantap hari ini.

"Hari ini merupakan aksi terbaik yang ditampilkan pemain saya dari minit pertama lagi."

Mourinho sekali lagi tidak menurunkan Wayne Rooney dan bekas pengendali Chelsea, Inter dan Real Madrid itu enggan berbicara lebih lanjut akan situasi kapten skuad kebangsaan England itu.

Saksikan sorotan perlawanan Manchester United melawan Stoke City di bawah: