Paul Pogba akan terus bermain dengan senyuman di raut wajah selagi Manchester United meraih kemenangan, jelasnya selepas berjaya meledak satu lagi jaringan dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL).

United kembali ke puncak liga dengan kemenangan 2-1 ke atas Fulham awal pagi tadi, kembali di hadapan Leicester City dan Manchester City selepas masing-masing meraih kemenangan ke atas Chelsea dan Aston Villa.

Skuad kendalian Ole Gunnar Solskjaer berjaya meraih tiga mata di Craven Cottage selepas United bangkit daripada ketinggalan -- Ademola Lookman membuka jaringan sebelum Edinson Cavani menyamakan kedudukan dan Pogba memastikan kemenangan buat The Red Devils.

Percubaan Pogba terhasil menerusi rembatan kaki kiri daripada luar kotak penalti, jaringan pertamanya daripada luar kotak penalti dengan kaki kiri sejak Januari 2015 ketika itu masih lagi bersama Juventus.

"Saya melakukan percubaan dengan baik. Saya tidak jangka meledak gol tetapi kami harus mencubanya.

"Jika anda tidak melakukan percubaan, anda tidak akan tahu apa yang akan berlaku. Saya lega kerana ia berjaya masuk. Ia merupakan jaringan yang cantik dan kemenangan yang indah -- ia paling penting."

Ia merupakan gol kedua Pogba bulan ini bagi memastikan kemenangan United selepas sebelum ini meledak gol kemenangan ke atas Burnley.


Penyiar itu mencadangkan Pogba, yang dikritik sebahagian besar sepanjang bersama United, kelihatannya menikmati dirinya di atas padang dengan persembahannya secara keseluruhan yang merangkumi lebih banyak hantaran (80) dan lebih banyak hantaran di separuh tempat lawan (56) daripada pemain lain semasa memimpin Red Devils dalam terjahan (empat), memintas bola (tiga ) dan meraih kawalan (sembilan).

"Saya gemar meraih kemenangan," katanya. "Ini semua mengenai kemenangan. Saya akan sentiasa gembira ketika saya menang dan saya akan sentiasa gembira ketika berada di atas padang.

"Hari ini kami menang, jadi saya gembira; hari kita kalah, saya akan marah lagi. Inilah diri saya."