Fulham menjadi pasukan ketiga dan terakhir yang diturunkan daripada Liga Perdana Inggeris selepas mereka tewas 2-0 kepada Burnley awal pagi tadi.

Pasukan kendalian Scott Parker terpaksa menelan pahit di Craven Cottage, di mana gol pada babak pertama dari Ashley Westwood dan Chris Wood -- yang ke-50 untuk kelab -- memberikan mereka tiket kembali beraksi dalam saingan Kejuaraan.

Ini adalah pertama kalinya dalam sejarah Liga Perdana Inggeris (EPL) bahawa semua slot penyingkiran disahkan dengan berbaki tiga perlawanan.


The Cottagers sekadar memperoleh satu mata daripada tujuh perlawanan sejak mengejutkan Liverpool 1-0 Mac lalu.

Nasib kelab itu telah disahkan dengan berbaki tiga perlawanan, selepas mereka ketinggalan 10 mata di belakang Southampton dan Brighton and Hove Albion.

Fulham mengikut jejak langkah Sheffield United dan West Brom kembali ke kancah Kejuaraan.