Ferguson yakin wibawa Wayne Rooney sebagai pengurus 

Oleh Shaiful Shamsudin 16 Januari 2021 2265
Ferguson yakin wibawa Wayne Rooney sebagai pengurus 
Sir Alex Ferguson melabel Wayne Rooney mempunyai ramuan yang cukup dan berharap penyerang legenda itu menikmati kejayaan dalam bidang pengurusan selepas mengumumkan persaraannya semalam. 

Rooney secara rasmi dilantik sebagai pengurus Derby County, dua bulan setengah selepas menggantikan Phillip Cocu sebagai pengurus sementara.

Bekas pemain berusia 35 tahun itu menikmati karier gemilang hampir dua dekad dengan memenangi 16 trofi di Manchester United, majoritinya di bawah kendalian Ferguson.

Dia bersara dengan imej sebagai penjaring gol terbanyak The Red Devils dan England, justeru Ferguson percaya ia akan menjadi kelebihan buat Rooney, namun memberinya amaran bahawa segala keputusannya sebagai jurulatih adalah penting.

"Dia merupakan penjaring terbanyak England, dia adalah penjaring terbanyak Manchester United dan dia telah mengharungi karier yang hebat sebagai pemain dan ia akan menambah elemen dalam permulaan kariernya sebagai jurulatih," kata Ferguson dalam program 'A Team Talk With Legends' semalam.

"Tetapi seperti orang lain, industri ini bergantung kepada keputusan dan anda perlu memperolehnya. Dia menyedari hal ini lebih baik daripada sesiapapun.

"Dia telah bermula dengan baik dan dia memiliki pengetahuan tentang perlawanan dan pendekatannya, jadi saya harap dia melakukannya dengan baik.

"Ini adalah langkah besar baginya. Dia kaya dengan pengalaman bola sepak. Sebenarnya dia tidak perlu pun memegang jawatan pengurus kerana boleh memilih untuk menjaga keluarganya, tetapi inilah yang dia ingin lakukan dan itu penting .

"Tidak ada gunanya menjadi pengurus hanya kerana mahu memenuhi permintaan orang lain. Dia ke sana sebagai pemain-pelatih, kemudian dia menjadi pemain-pengurus dan sekarang dia menjawat tugas pengurus dan itulah yang dia dihajatinya. Semoga dia melakukannya dengan baik."

 

Pengurus England, Gareth Southgate, turut gembira melihat Rooney menerajui Derby.

Rooney akan menyertai dengan bekas rakan sepasukan di England, Steven Gerrard (Rangers), Frank Lampard (Chelsea) dan Scott Parker (Fulham) beralih ke bidang pengurusan.

 

Tentang Penulis

Shaiful Shamsudin

Komen