Alex Ferguson mendedahkan dia telah dikejutkan oleh Jurgen Klopp selepas pengendali kelahiran Jerman itu memberitahunya bahawa Liverpool telah menjuarai Liga Perdana Inggeris (EPL).

Selepas memimpin Liverpool untuk menjuarai takhta liga buat kali pertama sejak 30 tahun yang lalu, Klopp dinobat sebagai Pengurus Terbaik Persatuan Liga Pengurus (LMA) semalam..

Ferguson, pemenang lima kali anugerah itu, mengucapkan tahniah kepada Klopp di atas kemenangannya dan memohon maaf selepas dia mengejutkan dirinya daripada tidur selepas Liverpool diangkat sebagai juara.

"Jurgen, menakjubkan. Kami bercakap mengenai Leeds beraksi selama 16 tahun dalam saingan Kejuaraan, tetapi Liverpool, 30 tahun sejak menjuarai liga, luar biasa," kata bekas pengendali Manchester United kepada Sky Sports News.

"Anda berhak memenanginya, prestasi pasukn anda sangat baik sekali."


"Personaliti anda menjadi ikutan di seluruh kelab, ia merupakan persembahan yang luar biasa.

"Saya memaafkan anda kerana mengejutkan saya pada jam 3.30 pagi untuk memberitahu anda telah memenangi liga! Terima kasih, anda berhak untuk memenanginya. Tahniah."

Liverpool meraih 99 mata bagi musim 2019-20, berkelebihan 18 mata ke atas pencabar terdekat, Manchester City.