Manchester United berdepan barisan perlawanan penting pada pembukaan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim 2020-21.

Di sebalik menamatkan saingan di tempat ketiga, United masih lagi ketinggalan 30 di belakang musuh tradisi dan juara, Liverpool musim lalu.

Jika mereka mahu merapatkan jurang itu, beberapa aksi awal musim baru ini amat penting selepas bertemu Burnley Crystal Palace dan Brighton and Hove Albion.

United menerima kunjungan Tottenham, yang dibimbing bekas pengendali The Red Devils, Jose Mourinho, seperti dijadualkan perlawanan keempat mereka 3 Oktober ini.

Dua minggu kemudian, United berdepan tiga aksi sukar di mana mereka menerima kunjungan Chelsea dan Arsenal diikuti dengan kunjungan ke Everton, bermakna kemampuan mereka bakal diuji dalam lapan perlawanan pertama.

Old Trafford menjadi venue pertama derby Manchester 12 Disember ini, seminggu sebelum mereka berdepan Leeds United, dengan aksi kedua berdepan skuad bimbingan Pep Guardiola 6 Mac ini.

United berdepan Liverpool di Anfield 16 Januari sebelum menerima kunjungan The Reds pada penghujung musim 1 Mei 2021.