Emery gagal yakinkan masa depan Ramsey di Arsenal

Oleh Penulis Jemputan 19 Oktober 2018 246
Emery gagal yakinkan masa depan Ramsey di Arsenal
Pengurus Arsenal, Unai Emery, menolak persoalan mengenai masa depan Aaron Ramsey bersama The Gunners dan tidak bersungguh-sungguh dalam meyakinkan tonggak Wales itu bahawa dia diperlukan di Emirates.

Ramsey menikmati tempoh 10 tahun bersama The Gunners selepas berhijrah daripada Cardiff City ketika remaja tetapi dia memasuki musim terakhir dalam kontrak terkini dan dijangka tidak memperbaharuinya.

Bintang Wales itu mendedahkan bulan ini bahawa dia menyangka telah menandatangani kontrak baru tetapi ia hanya untuk membuatkannya membatalkan tawaran tersebut.

The Gunners kini bersedia untuk kehilangan Ramsey secara percuma jika mereka gagal menyelesaikan kemelut itu sebelum Januari depan atau menjualnya ketika jendela perpindahan seterusnya.

Sewaktu ditanya mengenai kemungkinan Ramsey akan berhijrah apabila jendela perpindahan dibuka, Emery berkata: "Bagi saya, Januari masih jauh.

"Saya hanya memikirkan aksi Isnin depan. Saya mahu semua pemain kekal baik dengan mempersiapkan diri secara mental, beraksi bersama untuk menang."

Emery tidak mengendahkan soalan apabila ditanya jika Ramsey akan kekal di Emirates.

"Jawapan saya masih sama. Fokus saya hanya untuk setiap perlawanan bola sepak. Esok adalah masa depan.

"Sebabnya, saya menjelaskan kepada pemain dan anda, saya mahu mental hanya untuk perlawanan seterusnya. Perkara individu bukan sesuatu yang ingin saya perkatakan ketika ini."

Bagaimanapun, bekas pengendali Sevilla dan Paris Saint-Germain (PSG) itu menjelaskan Ramsey masih belum keluar daripada perancangannya.

"Saya mahukan prestasinya sama seperti pemain lain," tambah Emery.

"Sebagai contoh, dalam aksi terakhir, dia bermula di bangku simpanan, masuk dalam 25 minit terakhir dengan cemerlang.

"Aksi Isnin depan menentang Leicester City, ia tetap sama. Tidak kira jika berada dalam kesebelasan utama atau di bangku simpanan, dia harus fokus untuk aksi itu bagi membantu pasukan. Tiada beza dengan pemain lain."

Tatkala Sokratis Papastathopoulos mungkin tidak dapat diturunkan akibat kecederaan kecil, Emery menolak wujud ketakutan mengenai tahap kecergasan Pierre-Emerick Aubameyang.

"Dia tidak beraksi dalam aksi terakhir bersama Gabon," ujar pengendali itu.

"Aubameyang berlatih bersama kami, sama seperti pemain yang berada dalam pasukan.

"Dia beraksi 45 minit buat skuad B-23 semalam. Saya rasa agak bagus apabila dia membuat keputusan untuk beraksi satu perlawanan dengan pasukan kebangsaan dan berehat untuk tampil cemerlang bersama kami."
 

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen