Dyche berang Burnley tewas lagi

Oleh Penulis Jemputan 27 November 2017 60
Dyche berang Burnley tewas lagi
Pengendali Burnley, Sean Dyche, berang dengan penalti yang diberikan kepada Arsenal, sekaligus menyaksikan pasukannya tewas 1-0 dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL), semalam.

Alexis Sanchez menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-92 itu untuk menafikan pasukan tuan rumah dalam perlawanan yang berhak memberikan mereka satu mata.

James Tarkowski dihukum kerana menolak Aaron Ramsey dalam kotak penalti, yang membenarkan Sanchez untuk menjaringkan gol kemenangan The Gunners buat kali ketiga dalam tiga pertemuan sebelum ini.

Pengurus Burnley itu menjelaskan beliau tidak terkejut dengan keputusan yang salah diberikan kepada pasukannya.

"Terdapat banyak perkara dalam diri saya yang sedang berang ketika ini. Banyak," kata Dyche.

"Pada pandangan saya, pengadil tidak seharusnya memberikan sepakan penalti.

"Tetapi saya perlu melihat di sebalik perlawanan ini. Kami telah beraksi dengan cemerlang. Arsenal merupakan pasukan yang berkualiti dan kami telah berusaha untuk menggagalkan mereka," tambahnya.

Di sebalik terlepas peluang untuk menduduki kelompok empat pasukan terbaik liga, Dyche menggesa The Clarets untuk kekal fokus dengan gaya permainan mereka.

"Saya memberitahu kepada mereka supaya terus meningkatkan mutu permainan.

"Saya menyifatkan strategi dan taktikal kami sudah mula menampakkan hasil. Kami akan terus berusaha untuk perlawanan seterusnya," katanya.
 

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen