Bekas pengurus Watford, Quique Sanchez Flores, percaya Troy Deeney memiliki kebolehan untuk menyarung jersi England satu hari nanti.

Flores mengendalikan pasukan di Vicarage Road pada musim 2015-16, membantu The Hornets untuk terselamat daripada penyingkiran Liga Perdana Inggeris (EPL) dan kapten pasukan, Deeney, meledak 15 gol dalam semua pertandingan.

"Deeney sangat istimewa," ujar Flores kepada Omnisport. "Saya mengetahui bahawa dia adalah pemain yang istimewa., Deeney mengetahui setiap nama pemain di dalam pasukan, bukan kesebelasan utama sahaja, malah di akademi juga.

"Dia merupakan seorang pemain yang memiliki kualiti yang bagus untuk pasukan England, saya berharap dia akan dipanggil satu hari nanti.

Flores yang meninggalkan Watford pada Mei walaupun mengharungi musim yang berjaya, berkata beliau tidak mempunyai sebarang perasaan kecewa terhadap pemilik kelab, Gino Pozzo.

"Pozzo telah memberikan keyakinan kepada saya untuk mengekalkan kelab di dalam EPL, saya sangat menghargai peluang yang diberikan kepada saya."