David de Gea menyifatkan hubungan hampir sedekad dengan Manchester United sebagai satu 'impian' dan berancang untuk kekal di Old Trafford untuk jangka masa panjang.

De Gea menyertai United dari Atletico Madrid pada 2011 dengan yuran perpindahan bernilai GBP19 juta, rekod tertinggi di England bagi seorang penjaga gol pada ketika itu.

Selepas beberapa permulaan yang sukar, De Gea membentuk dirinya sebagai salah seorang tunjang kesebelasan utama dan salah seorang penjaga gol terbaik dunia.

Perpindahan ke Real Madrid gagal dimeterai pada Ogos 2015, tetapi pemain kelahiran Sepanyol itu menandatangani kontrak baru sebelum menyatakan hasrat untuk terus kekal di United sehingga 2023.

Tetapi prestasi De Gea sejak kebelakangan in kurang konsisten, hingga penyokong membgiving rise to suggestions from a section of supporters that United migherikan cadangan untuk membenarkan Dean Henderson -– pemain pinjaman di Sheffield United -– peluang musim hadapan.

Bagaimanapun, De Gea kelihatan tidak bimbang mengenai masa depannya bersama kelab.

"Menjadi sebahagian daripada kelab ini sungguh menakjubkan. Cuba bayangan 10 tahun, ia seperti mimpi," katanya.

"Ia sangat menakjubkan bermain untuk kelab ini, jadi saya berharap untuk kekal bagi jangka masa panjang."

Sebelum saingan bola sepak Eropah ditangguh ekoran pandemik koronavirus, United mengharungi prestasi cemerlang buat pertama kali sejak Ole Gunnar Solskjaer dilantik sebagai pengurus tetap Mac lalu.

Kemenangan 6-0 ke atas Tranmere Rovers dalam Piala FA pada penghujung bulan Januari memulakan rekod 11 perlawanan tanpa kalah dalam semua kejohanan, termasuk dua kemenangan ke atas Manchester City, kemenangan di tempat lawan ke atas Chelsea serta kemenangan 5-0 dalam saingan Liga Europa ke atas Club Brugge dan LASK.

Kehadiran Bruno Fernandes meningkatkan lagi mutu pasukan dan De Gea mengakui pengaruh yang dibawa pemain tengah Portugal itu, serta turut menjelaskan United memiliki pemain utama seperti Marcus Rashford dan Paul Pogba yang bakal kembali pulih daripada kecederaan.

"Saya berasakan pasukan telah mula menampakkan peningkatan," kata De Gea. "Kami dalam prestasi yang cemerlang.

"Kami kurang dibolosi, dan Fernandes menghadirkan banyak kualiti. Seorang pemain yang bijak.

"Tetapi terdapat beberapa lagi pemain yang tidak dapat beraksi kerana mengalami kecederaan sebelum ini."