De Bruyne mungkin berehat enam minggu, kata Guardiola

Oleh Muzaffar Musa 23 Januari 2021 435
De Bruyne mungkin berehat enam minggu, kata Guardiola
Manchester City akan merindui pemain tengah berpengaruh, Kevin De Bruyne, bagi tempoh empat hingga enam minggu, demikian disahkan Pep Guardiola.

De Bruyne, yang merupakan pemenang Anugerah Pemain Terbaik Tahunan PFA musim lalu, mempamerkan prestasi luar biasa bersama City musim ini dengan menghasilkan tiga gol dan 10 bantuan jaringan dalam Liga Perdana Inggeris (EPL).

Skuad kendalian Guardiola itu kini merekodkan enam kemenangan berturut-turut dalam liga, rekod yang kembali meletakkan mereka sebagai pencabar kejuaraan musim ini -- dua mata di belakang pendahulu, Manchester United, tetapi berkelebihan satu perlawanan dalam tangan.

Tetapi De Bruyne terpaksa dikeluarkan selepas sejam permainan ketika City menewaskan Aston Villa 2-0 Rabu lalu dan bercakap menjelang pertemuan Piala FA dengan pasukan Liga Dua, Cheltenham Town, malam esok, Guardiola menjelaskan mengenai kecederaan paha yang dialami penyerang kebangsaan Belgium itu.

"Kevin, seperti yang doktor katakan hari ini selepas ujian imbasan semalam, akan direhatkan selama empat hingga enam bulan," katanya.

Bagaimanapun,  ada berita lebih baik mengenai pertahanan kanan, Kyle Walker, yang dijangka dapat kembali diturunkan selepas mengalami kecederaan pinggul ketika berdepan Villa hujung minggu lalu.

 

Tentang Penulis

Muzaffar Musa

Komen