Dani Ceballos kembali secara pinjaman ke Arsenal

Oleh Muzaffar Musa 5 September 2020 177
Dani Ceballos kembali secara pinjaman ke Arsenal
Real Madrid mengesahkan bahawa Dani Ceballos akan meneruskan musim keduanya dengan perpindahan ke kelab Liga Perdana Inggeris, Arsenal.

Pemain tengah Sepanyol berusia 24 tahun itu menghabiskan kempen musim 2019-20 di Stadium Emirates walaupun prestasinya terganggu kerana kecederaan paha.

Bagaimanapun, Ceballos masih mampu melakukan 37 penampilan dalam kesemua kejohanan.

Dia menjaringkan dua gol buat The Gunners dengan salah satunya ketika menjaringkan gol kemenangan lewat permainan ke atas Sheffield United dalam suku akhir Piala FA.
 
Ceballos, yang menyertai Madrid daripada Real Betis pada 2017, berada dalam kesebelasan utama dalam perlawanan separuh akhir menentang Manchester City dan final menentang Chelsea ketika Arsenal meraih kejuaraan ke-14 Piala FA bulan lalu.

"Dani merupakan sebahagian penting buat pasukan ini musim lalu dan menamatkan musim itu dengan prestasi yang amat baik," kata pengurus Arsenal, Mikel Arteta, dalam laman web rasmi pasukan itu.

"Saya menggemari semangat dan komitmen Dani dan dia seorang pemain yang berkemahiran tinggi.

"Kami gembira untuk menyambut kepulangannya dan kami tidak sabar untuk melihat dia meneruskan apa yang sudah dimulakannya," katanya.
 

Tentang Penulis

Muzaffar Musa

Komen