Pemain tengah Manchester United, Juan Mata, meminta dunia bola sepak kekal tenang dan 'percaya kepada pakar' ketika permainan ditangguh kerana pandemik Covid-19, dan dia melakukan yang sebaik mungkin untuk kekal cergas.

Mata menggunakan panggil video United untuk berkongsikan maklumat terkini mengenai rutinnya ketika pemain-pemain perlu berlatih sendirian, dan memberikan laporan positif mengenai kecergasannya.

"Bersabar dan tenang adalah perkara yang boleh kita lakukan ketika ini," kata Mata.

"Kita perlu menunggu dan percaya kepada pakar sehingga boleh kembali bermain bola sepak.

"Kami menyesuaikan diri dengan baik. Kami buat masa ini kekal berada di dalam rumah dan berusaha untuk kekal cergas dan berlatih bersendirian di dalam rumah atau di taman."
Penjaga gol United, Lee Grant menyertai Mata dalam panggil video tersebut dan dia turut mengikut arahan kelab untuk menjalani regim latihan di rumah.

“Kami memiliki program istimewa yang ditetapkan dan kami meneruskan latihan walaupun berada di rumah," kata bekas penjaga gol Stoke City dan Derby County.