Penyerang Chelsea, Pedro, menggesa seluruh komuniti sukan dunia untuk bersama-sama membantu masyarakat memerangi pandemik Covid-19 dengan apa-apa cara yang mereka mampu.

Hampir keseluruhan acara sukan di seluruh dunia terpaksa dibekukan berikutan polisi kerajaan masing-masing dalam membendung penyebaran wabak berkenaan, yang telah merekodkan hampir 30,000 kematian secara global.

Kepimpinan Liga Perdana Inggeris dan Liga Bolasepak Inggeris (EFL) telah bersetuju untuk menunda musim 2019-20 sekurang-kurangnya sehingga 30 April ini dan ia tetap bergantung kepada perkembangan semasa.

Chelsea berada di tangga keempat sebelum liga itu digantung selepas salah seorang pemain mereka, Callum Hudson-Odoi, disahkan positif jangkitan berkenaan bersama pengurus Arsenal, Mikel Arteta.

Ramai bintang bola sepak, termasuk Cristiano Ronaldo, Lionel Messi dan Kylian Mbappe, telah memberikan sumbangan yang besar demi membantu memerangi wabak berkenaan dan Pedro percaya ahli sukan juga perlu memainkan peranan utama dalam membantu dunia untuk pulih daripada pandemik berkenaan.

"Saya fikir seluruh komuniti sukan dapat membantu, bukan hanya bola sepak dan terdapat banyak cara untuk memberikan bantuan," katanya dalam laman web rasmi pasukannya.

"Semua orang boleh menyumbangkan wang walaupun sedikit kerana ia dapat membantu ramai yang memerlukan.
< br /> +-+-+-+-+-+-+-+-

"Sudah pasti ramai warga bola sepak dan sukan memberikan sumbangan mereka seperti Leo Messi, Cristiano Ronaldo, Robert Lewandowski dan beberapa pemain lain yang telah tampil unrtuk memberikan sumbangan wang, bukan hanya di Sepanyol tetapi di seluruh dunia.

"Pep Guardiola juga telah mendermakan satu juta Euro untuk memerangi wabak koronavirus, jadi ramai dalam kalangan orang sukan yang memberikan bantuan," katanya.