CHELSEA 2 TOTTENHAM 1

Antonio Conte percaya Chelsea merupakan pasukan yang berbeza jika dibandingkan ketika mereka tewas kepada Arsenal dan Liverpool pada September lalu selepas berjaya menewaskan Tottenham 2-1, awal pagi tadi.


The Blues tewas dua perlawanan berturut-turut kepada The Reds dan Arsenal dua bulan lalu, meninggalkan persoalan sama ada mereka mampu ataupun tidak untuk bersaing merebut takhta liga.

Bagaimanapun, Chelsea mempamerkan kebangkitan, dengan The Blues telah melakar tujuh kemenangan berturut-turut.

Namun, gol pembukaan Christian Eriksen di Stamford Bridge menyaksikan kali pertama Chelsea bolos selepas enam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL).

Sebahagian daripada kejayaan Chelsea dapat dilihat menerusi pendekatan formasi 3-4-3 dan pengendali dari Itali itu gembira dengan prestasi pasukannya.

"Kami adalah pasukan yang berbeza jika dibandingkan dengan pasukan yang tewas kepada Arsenal dan Liverpool," kata Conte.

"Saya sangat gembira dengan pencapaian ini dan berpuas hati menyaksikan pemain-pemain saya beraksi di atas padang.

Prestasi cemerlang Chelsea telah meletakkan mereka di persada liga, sekaligus muncul pasukan pilihan untuk memenangi liga musim ini, tetapi Conte enggan terlalu memikirkannya.

"Kami masih perlu memperbaiki beberapa kesilapan kami. Saya tidak mahu pemain-pemain terlalu selesa dengan kedudukan ini kerana perjalanan liga masih panjang."