City perlu kekal raih kemenangan -- Sterling

Oleh Penulis Jemputan 16 Disember 2017 393
City perlu kekal raih kemenangan -- Sterling
Raheem Sterling percaya Manchester City perlu berwaspada dalam usaha untuk meraih kejayaan Liga Perdana Inggeris (EPL) tetapi menegaskan Manchester United masih belum berputus asa.

Skuad kendalian Pep Guardiola itu menjarakkan kedudukan mereka dengan kelebihan 11 mata ke atas United selepas meraih kemenangan 2-1 dalam pertemuan 'derby' di Old Trafford sebelum meneruskan kemenangan mereka ke atas Swansea 4-0.

Tottenham berjanji untuk menawarkan cabaran buat City ketika pendahulu liga itu berkunjung ke Stadium Etihad, hari ini.

Pemain sayap England, Sterling, yang mempamerkan aksi cemerlang dengan merekodkan 13 gol dalam semua pertandingan musim ini, menambah City perlu mengekalkan prestasi jika mahu menjulang takhta EPL

"Kami memiliki kelebihan 11 mata. Jika kami memenangi semua perlawanan, kami akan menjulang kejuaraan liga. Jadi kami perlu kekal fokus dan tidak kehilangan mata," katanya.

"United akan melakukan yang terbaik untuk mengejar kami. Jadi, City perlu memastikan kemenangan diraih dalam setiap perlawanan."

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen