Chong mahu ikut jejak langkah Giggs

Oleh Ammar Hakim 14 April 2020 539
Chong mahu ikut jejak langkah Giggs
Tahith Chong memuji Manchester United sebagai 'satu keluarga yang besar' dan kesatuan dalam kelab mencetus inspirasi untuk mengikut jejak langkah bekas pemain sayap The Red Devils, Ryan Giggs.

Chong membuat penampilan sulung Januari tahun lalu dan kerap diturunkan dalam perancangan yang ditetapkan oleh pengendali pasukan, Ole Gunnar Solskjaer sementara cemerlang apabila turun selaku pemain gantian.

Pemain berusia 20 tahun itu memberitahu kepada laman web rasmi kelab bahawa Giggs, yang bersara daripada bola sepak pad 2014, antara pemain yang mahu dijadikan ikutan.

"Saya berasakan terdapat beberapa nama, antara Ronaldinho atau Ryan Giggs," kata Chong.

"Tiada pemain lain selain mereka yang cuba saya gunakan sebagai rujukan. 

"Saya boleh mengatakan Giggs adalah salah seorang daripadanya atau Arjen Robben."

Chong, yang menyertai United daripada akademi Feyenoord pada 2016, menandatangani kontrak baru di Old Trafford bulan lalu.



Selepas kelab dilaporkan mengetepikan minat daripada Barcelona dan Juventus dengan melanjutkan kontrak Chong hingga 2022, Solskjaer melihat pemain tersebut memiliki potensi yang tinggi.

Chong berkata suasana di seluruh kelab sejak ketibaannya menjadi tunjang peningkatannya, dengan berkata, "Bagi saya, menyertai kelab ini pada usia 16 tahun, setiap individu yang berada di sini memainkan peranan yang penting.

"Ketika saya tiba di sini, saya melihat United sebagai sebuah keluarga yang besar. Ia merupakan sesuatu yang sangat menakjubkan.

"Setiap hari adalah yang baru dan saya mahu cuba meningkatkan kemampuan sebagai pemain muda."

 

Tentang Penulis

Ammar Hakim

Komen