Boly alami kecederaan serius

Oleh Staff Writer 27 Oktober 2019 26
Boly alami kecederaan serius
Wolves mengalami tamparan hebat apabila pertahanan, Willy Boly, disyaki mengalami kecederaan patah buku lali ketika menjalani latihan, semalam.

Boly tidak bersama pasukan untuk menghadapi aksi di tempat lawan berdepan Newcastle United dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL).

Pegawai perubatan pasukan masih lagi membuat penilaian secara menyeluruh terhadap kecederaan yang dialami pemain berusia 28 tahun itu bagi memastikan sama ada pembedahan diperlukan ataupun sebaliknya.

"Malang menimpa pasukan, Willy Boly mengalami kecederaan serius pada buku lali kirinya ketika menjalani latihan," jelas ketua pegawai perubatan Wolves, Phil Hayward.

"Ujian awal menunjukkan patah di bahagian fibula dan imbasan selanjutnya akan diterus memantau keadaan Boly. Jika pembedahan diperlukan, ia akan dijalankan minggu hadapan."

Boly merupakan watak penting bagi skuad kendalian Nuno Espirito Santo itu musim ini, dengan beraksi lapan daripada sembilan perlawanan EPL musim ini.

Dia meledak gol kemenangan ketika pasukan berdepan Besiktas dalam aksi Liga Europa (UEL) awal bulan ini dan membantu pasukannnya mengelak daripada sebarang kekalahan daripada tujuh perlawanan.

Laporan mencadangkan kelab itu sedang berusaha untuk menandatangani kontrak baru bersama Boly ketika dia mula dipantau kelab-kelab gergasi Eropah.

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen