Bielsa inspirasi kepada semua jurulatih -- Klopp

Oleh Ammar Hakim 12 September 2020 392
Bielsa inspirasi kepada semua jurulatih -- Klopp
Jurgen Klopp percaya pengendali Leeds United, Marcelo Bielsa, adalah inspirasi kepada dunia bola sepak ketika dia sedang membuat persiapan menghadapi Liga Perdana Inggeris (EPL).

Bekas pengendali Argentina, Chile dan Athletic Bilbao, Bielsa, telah mengubah nasib Leed sejak tiba di Elland Road pada 2018, dengan memimpin pasukan muncul juara Liga Kejuaraan musim lalu susulan terlepas saingan play-off 2018-19.

Gaya permainan tekanan tinggi telah berjaya mengagumkan seluruh dunia dan Klopp sememangnya menjadi salah seorang yang meminati Bielsa menjelang bertemuan dengan Leeds di Anfield bagi aksi pembukaan EPL, hari ini.

"Saya mengaguminya, tetapi saya tidak pernah begitu rapat untuk mengikuti perkembangannya," katanya.

"Saya menyaksikan pasukannya beraksi dan ia adalah sesuatu yang luar biasa.

"Kami memiliki pendekatan yang berbeza. Namun terdapat persamaan dan perbezaannya juga agak ketara.

"Saya menggemari Bielsa, dia mungkin salah seorang pengurus yang paling bekerja keras. Saya berasakan tidak dapat bersaing dengannya dalam bahagian itu."
   

Tentang Penulis

Ammar Hakim

Komen