WEST BROM 2 NEWCASTLE UNITED 2

Rafael Benitez menggesa Newcastle United untuk bermain dengan bijak dan mengelak melakukan kesilapan yang sama selepas dipaksa bangkit untuk meraih satu mata ketika bertemu West Brom, semalam.


The Magpies tewas dalam empat perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) dan berdepan satu lagi kekecewaan selepas ketinggalan dua gol yang dihasilkan oleh Hal Robson-Kanu dan Sam Field.

Ciaran Clark mengurangkan defisit jaringan sebelum gol sendiri Jonny Evans pada penghujung permainan memberikan satu mata kepada mereka tetapi Benitez tidak berpuas hati dengan cara pasukannya bolos di The Hawthorns.

"Saya berasakan sukar untuk bergembira apabila anda bermain baik pada separuh masa pertama tetapi kemudiannya bolos sekali lagi," kata Benitez.

"Kami bolos ketika bertemu Manchester United dan Watford lewat pada penghujung separuh masa pertama. Ia mengubah rentak permainan buat pasukan lawan.

"Ia merupakan sesuatu yang harus dielaik bagi menghadapi perlawanan akan datang.

"Tetapi saya sangat gembira dengan persembahan pasukan, gaya kami bermain dan komitmen yang dipamerkan hingga tamat 90 minit.

"Ia adalah sukar untuk bangkit ketika ketinggalan 2-0. Kami telah berusaha sebaik mungkin dan hampir memenangi perlawanan ini," ujarnya.