Bekas pertahanan England dan Arsenal, Kenny Sansom, dimasukkan ke hospital selepas dilaporkan jatuh sakit.

Individu berusia 61 tahun itu didedahkan terpaksa berada di hospital berdasarkan pengesahan daripada akaun Twitter rasminya, namun ia bukan disebabkan oleh koronavirus tanpa butiran lain dijelaskan.

"Kenny buat masa ini tidak sihat di Hospital. dia berada dalam pemantauan rapi dan tidak dijangkiti Covid-19," tulis ciapan berkenaan.

"Keluarga Kenny dan rakan rapatnya meminta pihak media untuk menghormati privasinya, ditambah pegawai perubatan sedang merawat Kenny."

Samson mewakili England sebanyak 86 kali dalam era 1970an hinga 80an selain melewati perjalanan karier panjang di Arsenal.

Dia menyertai Arsenal daripada Crystal Palace pada 1980, melakukan hampir 400 penampilan buat skuad The Gunners itu sebelum menyertai Newcastle United, QPR, Coventry City, Everton, Brentford dan Watford.