Barton kembali berlatih di Burnley selepas berpisah dengan Rangers

Oleh Ryan Benson 24 November 2016 0
Barton kembali berlatih di Burnley selepas berpisah dengan Rangers
Sean Dyche mengesahkan Joey Barton sedang mengikuti latihan bersama Burnley selepas menamatkan kontraknya bersama Rangers kerana tidak gembira di Scotland.

Barton, yang sempat tampil sekali bersama pasukan England, terlibat dalam perbalahan dengan rakan sepasukannya, Andy Halliday, ekoran kekalahan 5-1 dalam perlawanan Old Firm kepada musuh ketat, Celtic, pada bulan September

Sebagai hukuman, dia digantung selama tiga minggu dan penggantungannya dilanjutkan selepas Persatuan Bola Sepak Scotland mengenakan tindakan terhadapnya kerana melanggar peraturan pertaruhan perlawanan. 

Barton dihukum penggantungan satu perlawanan, namun dia tidak akan berdepan hukuman itu kerana telah angkat kaki dari Rangers. 

Dia mungkin akan kembali ke Burnley, di mana pada musim lalu dia membantu kelab itu dinaikkan ke EPL.

"Dia tidak bersama pasukan utama," jelas Dyche kepada wartawan. "Dia sedang mengembalikan kecergasan dengan pasukan sains sukan. 

"Itulah yang dilakukan sehingga ada perubahan pada masa depan. 

"Dia melalui fasa tidak menentu selepas berpindah dan melalui perkara berbeza di Scotland. 

"Jadi, dia mahu mendapatkan kecergasan dan sentuhannya. Itu bagus buatnya -- siapa tahu untuk kami? Kami akan mempertimbangkan untuk mengikatnya apabila saya mendapatinya sudah cergas."

Burnley akan berdepan Manchester City minggu ini di mana Dyche amat menyanjungi kredibiliti Pep Guardiola. 

"Beliau telah mengubah ketajaman pemain, sama ada ketika menguasai bola atau tidak dan saya berasakan ia kunci utama di sebalik beliau sering merombak pemain dan taktikal pasukannya."

Tentang Penulis

Ryan Benson

Komen