Ross Barkley perlu berusaha untuk beraksi secara konsisten jika dia berhasrat untuk menjadi tonggak penting buat Everton dan England, demikian nasihat bekas rakan sepasukannya, Leon Osman.

Pemain berusia 22 tahun itu tidak diturunkan dalam dua perlawanan antarabangsa sekalipun menjadi pemain utama di Goodison Park, musim ini.

Barkley tampil bersama skuad utama dalam semua tujuh perlawanan liga di bawah bimbingan Ronald Koeman, namun dia hanya berjaya menyumbang satu gol dan satu bantuan jaringan.

Statistik itu gagal meyakinkan Sam Allardyce dan Gareth Southgate untuk memberikannya peranan utama dalam skuad The Three Lions.

Osman percaya Barkley telah mengatasi masalahnya sejak pertukaran jurulatih tetapi dia yakin persembahan pemain tengah itu akan semakin meningkat sebaik sahaja dia menyesuaikan diri dengan corak permainan yang diterapkan Koeman.

"Dia sudah menemui rentak di bawah pengurus baru," kata Osman kepada BBC Radio 5live.

"Ia mungkin menjadi sukar untuk menyesuaikan diri dengan idea baru jika anda sudah terbiasa dikendalikan oleh jurulatih yang sama selama tiga atau empat tahun.

"Koeman tidak akan berpuas hati dengan tahap konsistensinya dan akan menjadikan Barkley seorang pemain yang lebih baik.

"Konsisten adalah keputusan. Lebih baik keputusan yang dibuat, anda semakin konsisten.

"Ross Barkley mempunyai segala ciri-ciri yang diperlukan."