Pierre-Emerick Aubameyang mencetuskan spekulasi mengenai masa depannya semalam selepas wira Arsenal dalam final Piala FA itu memberi satu isyarat menerusi Twitter.

Penyerang Gabon itu memasuki tahun terakhir kontraknya bersama The Gunners, yang bersungguh-sungguh untuk mengekalkannya untuk jangka masa yang lebih lama.

Dia menyiarkan gambar satu pengukur waktu di Twitter, ia mungkin bayangan mengenai berita penting yang akan diumumkannya dalam masa terdekat.



Timbul spekulasi yang mengaitkan bekas Borussia Dortmund itu bersetuju dengan kontrak baru.

Pemain berusia 31 tahun itu merekodkan 22 gol buat kelab utara London berkenaan dalam kancah Liga Perdana Ingggeris (EPL) musim lalu untuk menyamai catatan yang dilakukannya dalam kempen terdahulu.

Dia mencetak kedua-dua gol buat pasukan asuhan Mikel Arteta itu mencipta kejayaan 2-1 ke atas Chelsea dalam perlawanan Piala FA, awal bulan ini.

Timbul kekecohan dalam kalangan penyokong kelab tersebut agar perjanjian baru berkenaan segera dimuktamadkan sambil pengikut di media sosial mendesaknya agar mendedahkan kandungan mesej terbarunya itu.

Salah satu pengikut Twitter penggempur itu, @bhavss14, berkata: "Saudara, jangan permainan hati kami seperti ini."