Arteta sedia bantu Pepe temui ketekalan

Oleh Muzaffar Musa 30 Oktober 2020 90
Arteta sedia bantu Pepe temui ketekalan
Mikel Arteta mengakui Nicolas Pepe perlu lebih tekal tetapi pengurus Arsenal itu tidak mempertikaikan mengenai sikap pemain sayap itu dan bersedia untuk membantunya.

Pepe menyertai kelab itu dengan perpindahan bernilai £72 juta (RM387.1 juta) daripada Lille pada 2019 tetapi bergelut untuk mengekalkan aksi dominan yang pernah dipamerkannya dalam Ligue 1 kepada Liga Perdana Inggeris (EPL) musim lalu.

Pemain kebangsaan Ivory Coast itu hanya menjaringkan lima gol liga dalam musim pertamanya di England selepas menghasilkan 22 jaringan dalam tahun terakhirnya di Perancis.

Pepe kembali mempamerkan bakatnya dengan menjaringkan salah satu gol ketika Arsenal menewaskan Dundalk dalam Liga Europa awal pagi tadi -- gol keduanya dalam kesemua kejohanan musim ini.

Bagaimanapun, ia hanya merupakan salah satu daripada lima percubaan tepat yang dilakukannya dan pemain berusia 25 tahun itu hanya mencipta satu peluang dan gagal dalam tiga aksi gelecekan yang dilakukannya.

Hantaran yang dilakukan Pepe -- dengan 16.67 ketepatan -- juga kebanyakannya berakhir sia-sia.

Arteta ditanya sama ada tanda harga pemain itu memberikannya lebih tekanan atau tidak dan dia berkata: "Mengenali Nico, saya tidak fikir perkara seperti itu akan menggusarkannya.

"Ia mengenai caranya mendapatkan tahap terbaik setiap minggu. Saya percaya ia adalah di mana dia percaya dia boleh melakukan yang lebih baik dan kami mahu membantunya.

"Amat jelas, dia bukanlah pilihan utama bagi kebanyakan perlawanan tetapi untuk berlaku adil, dia bermain dalam momen yang lebih banyak berbanding pemain lain.

"Ia tentang menemui ketekalan, bukan menerusi perlawanan tetapi ketika perlawanan juga, untuk menjadi lebih tekal dan dapat melakukan perkara yang betul dalam banyak-banyak waktu ketika dia perlu melakukan keputusan yang tepat di atas padang.
 
"Ia tiada kena-mengena degan sikapnya. Dia sorang pemain yang akan mengambil risiko dan dia juga pemain yang amat kreatif, dan ia juga perkara paling sukar dalam bola sepak apabila mereka tahu apa yang anda boleh lakukan, seberapa banyak mereka mahu mengelak daripada memberikan ruang, kesukaran apabila mereka meletakkan banyak pertahanan untuk menghalang anda, jadi mencipta situasi itu sendiri adalah amat rumit.

"Tetapi adakalanya ia perkara yang mudah -- penyampaian, jumlah situasi yang dia boleh ciptakan atau menarik dan membuat keputusan yang tepat, untuk terus berevolusi dalam fasa permainan, penyudah, posisi dalam kotak -- di mana dia perlu menjadi lebih tekal.

"Kami sedang memperbaikinya dan harap-harap dia dapat melakukannya dengan lebih berkesan," katanya.
 

Tentang Penulis

Muzaffar Musa

Komen