Arsenal tentukan kelibat Mesut Ozil akhir bulan ini 

Oleh Shaiful Shamsudin 2 Januari 2021 1214
 Arsenal tentukan kelibat Mesut Ozil akhir bulan ini 
Pengurus Arsenal, Mikel Arteta, sedia menunggu hingga akhir jendela perpindahan bulan ini sebelum memutuskan sama ada Mesut Ozil akan menjadi sebahagian daripada skuadnya.

Ozil, 32, dipinggirkan dalam senarai kempen Liga Perdana Inggeris (EPL) sejak Oktober lalu, secara tidak langsung meningkatkan keraguan mengenai masa depannya memandangkan kontraknya bakal berakhir hujung musim ini.

Arteta tidak menawarkan jaminan untuk melihat Ozil kembali apabila mengatakan bahawa dia hanya akan memuktamadkan keputusannya sebelum jendela ditutup pada 1 Februari.

"Kami akan melihat apa yang berlaku dalam jendela perpindahan terlebih dahulu dan kami akan menjawabnya pada akhir bulan ini," katanya dalam sidang akhbar.

 

Sokratis Papastathopoulos turut tersisih dalam senarai skuad Liga Perdana dan kontrak pertahanan itu juga hampir berakhir.

Pengurus berbangsa Sepanyol itu, yang menyaksikan pasukannya menduduki tangga ke-13 lawatan ke West Brom hari ini, berkata terpulang kepada pemain untuk menentukan masa depan mereka sendiri.

"Anda harus menghormati kontrak pemain. Apa yang boleh dilakukankan seperti yang saya katakan sebelumny adalah cuba bersikap terbuka dengan mereka dan menjelaskan perancangan anda, peranan yang mereka ada dalam pasukan dan mengapa demikian," katanya.

"Mereka berhak membuat keputusan dalam kehidupan mereka kerana mereka mempunyai kontrak di sini.

"Ada yang ingin berpindah kerana mereka jarang beraksi dan ada yang ingin kekal. Pada akhirnya, itu adalah sesuatu yang tidak dapat kami putuskan."


 

Tentang Penulis

Shaiful Shamsudin

Komen