Mikel Arteta percaya kurangnya keyakinan adalah rintangan tidak dapat diatasi Arsenal ketika mereka terus meluncur ke bawah Liga Perdana Inggeris (EPL).

Juara 13 kali itu kini menghuni tangga ke-15 liga, hanya dibezakan empat mata daripada tiga pasukan tercorot, dan gagal meraih sebarang kemenangan dalam tujuh perlawanan liga selepas yang terbaru, tewas kepada Everton.

Arteta percaya Arsenal memiliki pejuang untuk mengubah nasib musim ini, tetapi 'sebilangan daripada mereka boleh meragui bila-bila masa'.

Kekurangan ancaman ketika mencari jaringan merupakan satu kebimbangan, dengan The Gunners mendominasi permainan namun gagal menghasilkan peluang.

Arsenal sekadar menjaringkan gol 12 kali dalam saingan liga -- dua daripadanya menerusi penalti -- dan menghuni tangga ke-17 untuk bilangan gol yang dihasilkan.

"Saya berasakan ia berkaitan dengan keyakinan," kata Arteta. "Apabila anda berada dalam suasana [yakin], ketika anda melepaskan rembatan, bola itu akan masuk ke dalam gawang.

"Apabila ia tidak berlaku, anda terlalu memikirkannya atau kadang-kadang tidak bernasib baik. Ini adalah saat-saat yang harus anda lalui. Sukar untuk dijelaskan.

"Apa yang telah memastikan pasukan ini beraksi dengan lebih baik sejak beberapa musim terakhir adalah bilangan gol yang dihasilkan

"Sekarang kami gagal melakukannya, terdapat jurang yang besar dan banyak kehilangan mata.

"Kami perlu mengubah serta merta dan mencari jalan untuk menjaringkan gol walaupun peluang kelihatan tidak begitu jelas."