Fulham telah menandatangani penjaga gol, Alphonse Areola dari Paris Saint-Germain secara pinjaman sepanjang musim.

Kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu memiliki pilihan untuk membuat perpindahan itu secara tetap jika pemain kebangsaan Perancis itu cemerlang di Craven Cottage.

Areola, yang merupakan penjaga gol kedua di belakang Thibaut Courtois di Real Madrid sementara dipinjamkan semula ke Real, telah berhubung dengan pengendali Fulham, Scott Parker, telah membantunya meyakinkan dirinya berhijrah ke England.

"Saya sangat dengan semua telah diusahakan," katanya kepada FFCtv. "Scott Parker telah menghubungi saya dan dia mahukan khidmat saya.

"Fulham adalah kelab yang penuh dengan sejarah di London dan saya telah banyak mendengar mengenai stadium ini.

"Saya berharap musim ini akan menjadi baik untuk kami. Saya mahu memberikan yang terbaik kepada pasukan."

Areola, memenangi LaLiga dan Supercopa de Espana bersama Real musim lalu, adalah juara Ligue 1 tiga kali bersama PSG.

Dia juga tersenarai dalam skuad Perancis yang bergelar juara dunia di Russia, dua tahun lalu.

Fulham kembali ke kancah Liga Perdana Inggeris (EPL) musim lalu, mengatasi Brentford 2-1 dalam aksi final play-off.