Pep Guardiola sekali lagi tanpa Sergio Aguero ketika Manchester City menghadapi Liverpool yang dianggapnya sebagai "pasukan pilihan" untuk mencabar gelaran Liga Perdana Inggeris.

Aguero telah diketepikan sejak mengalami kecederaan hamstring ketika seri 1-1 di West Ham bulan lalu dan tidak akan tampil menentang juara esok.

Gabriel Jesus akan berusaha mendapatkan tempat dalam kesebelasan utama permulaan ketika City bertempur dengan pemimpin liga di Stadium Etihad selepas menjaringkan gol ketika beraksi sebagai pemain gantian ketika menang 3-0 ke atas Olympiacos dalam saingan Liga Juara-Juara (UCL).

Pengendali City, Guardiola, percaya beberapa kelab mampu bergelar juara EPL musim ini, tetapi berasakan Liverpool pasukan pilihan.

"Mereka adalah kegemaran terbesar, tetapi dengan pandemik yang telah berlaku, situasinya sedikit berbeza.

"Saya melihat pasukan lain kuat, Leicester mengekalkan tahap daripada musim lalu, Arsenal membuat langkah besar untuk menjadi pesaing utama dan Tottenham, [Jose] Mourinho mempunyai pasukan apa dia mahukan.

"Chelsea pada awalnya begitu stabil sekarang dan mempunyai skuad besar untuk bergilir pemain. [Manchester] United pada masa ini tidak menunjukkan hasil tetapi kualiti yang mereka dipamerkan musim lalu, kami dihukum oleh barisan pemain yang berkualiti dan pantas.

"Saya berasa musim ini akan ada banyak pasukan mencabar gelaran. LIma atau 10 perlawanan terakhir sangat penting bagi mencabar gelaran liga. Semoga kita dapat berada di sana dan sampai di penghujungnya dengan peluang mencabar gelaran."

Guardiola mengetahui City yang menghuni tangga ke-10 tidak boleh mengharapkan untuk memiliki sesuatu dengan cara mereka sendiri ketika mereka menentang pasukan Jurgen Klopp itu.

Guardiola mengetahui City yang menghuni tangga ke-10 tidak boleh mengharapkan untuk memiliki sesuatu dengan cara mereka sendiri ketika mereka menentang pasukan Jurgen Klopp itu.

"Semasa anda bermain menentang pasukan seperti Liverpool, anda selalu mengalami saat-saat di mana anda harus menderita. Kita mengetahuinya, kita harus melakukannya dan berusaha menggunakan kekuatan kita semaksimum mungkin.

"Kami saling mengenali dengan baik, kami bermain berkali-kali dan saya tidak mengharapkan permainan seperti 90 minit kami akan berada di sana atau mereka akan berada di sana. Akan ada pasang surut, kita harus stabil dan mengambil peluang baik dan bersikap klinikal.

"Kedua-dua pasukan mahu menyerang, kedua-dua pasukan ingin mencuba [menyerang]."