Penerjun negara, Wendy Ng Yan Yee, menghadiahkan pingat emas Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 yang dimenanginya menerusi acara 3 meter papan anjal individu wanita hari ini khas buat nenek tersayang yang begitu teringin menyaksikan aksinya namun berdepan masalah kesihatan.

Ini merupakan pingat emas pertama Yan Yee di pentas temasya dwitahunan itu dalam acara individu selepas meraih perak di Singapura, dua tahun lalu.

Ia begitu bermakna buatnya, terutama terhadap nenek tersayang yang sekian lama ingin menyaksikan aksi penerjun itu di depan mata, namun tidak mampu kerana mengalami masalah kesihatan.

Apatah lagi, mereka jarang bertemu kerana Yan Yee terikat dengan jadual latihan padat di China begitu lama.

"Nenek berpesan agar saya memberikan yang terbaik.

"Jadi, emas ini adalah untuk beliau," katanya.

Tonton acara-acara Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 secara langsung dan percuma di Astro Go.