Kejohanan Luncur Ais Pra-Sukan SEA ditunda

Oleh Staff Writer 10 Ogos 2017 685
Kejohanan Luncur Ais Pra-Sukan SEA ditunda
Kejohanan Luncur Ais Pra-Sukan SEA untuk acara figure skating di Empire City, Damansara hari ini terpaksa ditunda kerana masalah teknikal.

Beberapa faktor menyebabkan pembatalan acara itu, termasuk kelewatan penyediaan sistem mata elektronik selain jadual ketat atlet yang terlibat dengan perhimpunan kontinjen negara di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Perhimpunan itu diadakan sempena penyerahan Jalur Gemilang oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak. 

Permukaan ais di Empire City dilihat sudah sedia untuk digunakan di mana ia telah mencapai suhu -7 darjah Celsius dan difahamkan acara itu jadualkan semula esok.

Luncur ais bakal dipertandingkan buat kali pertama dalam Sukan SEA dan Malaysia merupakan perintis kepada penganjuran acara sukan musim sejuk itu di Asia Tenggara.

Sukan itu menawarkan 10 pingat emas menerusi dua disiplin, iaitu figure skating dan short track atau lebih dikenali sebagai acara ice racing dalam sukan dwitahunan itu.

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen