Trofi Juara-Juara Asia: Malaysia mula langkah kanan

Oleh Penulis Jemputan 19 Oktober 2018 7059
Trofi Juara-Juara Asia: Malaysia mula langkah kanan
Penyerang skuad hoki negara, Faizal Saari, meledakkan dua gol tatkala Malaysia memulakan kempen Trofi Juara-Juara Asia dengan membelasah Jepun 3-0 dalam aksi pembukaan peringkat round robin di Kompleks Hoki Sultan Qaboos, Muscat, Oman, semalam.

Malaysia menjadi tumpuan memandangkan perlawanan itu merupakan aksi sulung di bawah kendalian jurulatih veteran dari Belanda, Roelant Oltmans.

Corak permainan menyerang sebaik perlawanan bermula menyaksikan Malaysia dihadiahkan pukulan sudut penalti seawal minit ketiga dan Faizal menggunakan peluang itu untuk meledakkan gol pertama.

Malaysia semakin selesa apabila penyerang, Tengku Ahmad Tajuddin Tengku Abd Jalil, melebarkan kedudukan pada minit kesembilan dan kedudukan 2-0 kekal sehingga tamat separuh masa pertama.

Selepas rehat, Jepun selaku pemenang pingat emas Sukan Asia Indonesia meningkatkan serangan, namun gagal menewaskan penjaga gol negara.

Malaysia menggunakan peluang itu untuk membalas serangan sehingga dihadiahkan penalti stroke dan Faizal melengkapkan kemenangan 3-0 pada minit ke-51 untuk meletakkan Malaysia dalam kedudukan selesa bagi memburu tempat ke separuh akhir.

Keputusan lain:

INDIA 11 OMAN 0

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen