Status penganjuran LHM 2021 timbul persoalan

Oleh Ammar Hakim 9 Januari 2021 25
Status penganjuran LHM 2021 timbul persoalan
Status Liga Hoki Malaysia (LHM) 2021, yang sepatutnya bermula Khamis depan menimbulkan persoalan ekoran kes Covid-19 yang meningkat di seluruh negara.

Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) dijangka buat pengumuman rasmi Isnin ini samada bagi memperjelaskan hala tuju saingan tersebut.

Sementara itu, Sabah yang baru sahaja tiba di Bukit Jalil Selasa lalu kini diletakkan dalam keadaan bersiap-sedia untuk pulang ke Kota Kinabalu.

Pemain dan jurulatih sudahpun menjalani ujian calitan sebagai langkah awal jika LHM ditunda.

Jurulatih, I. Vickneswaran, enggan memberi maklumat lanjut mengenai spekulasi bahawa mereka akan pulang semula ke Kota Kinabalu, esok.

"Saya berasakan ia sesuatu yang perkara yang positif kerana memerlukan tiga hari sebelum berangkat, jadi persiapan yang telah dilakukan jika perintah berkurung dikeluarkan sekali lagi," katanya.

Mengenai status LHM, Vickneswaran mengulaskan, "Kami harus mematuhi sebarang keputusan yang diambil oleh pihak kerajaan kerana ia adalah perkara yang terbaik untuk semua pihak."

Tentang Penulis

Ammar Hakim

Komen