Piala TNB: THT muncul juara dalam final penuh dramatik

Oleh Ammar Hakim 3 April 2021 3823
Piala TNB: THT muncul juara dalam final penuh dramatik
Terengganu Hockey Team dinobat sebagai juara Piala TNB 2021 selepas mengatasi UniKL menerusi penentuan penalti di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, sebentar tadi.

UniKL mempamerkan permulaan yang cemerlang di awal permainan apabila meledak dua gol pantas menerusi Tengku Ahmad Tajuddin Tengku Abdul Jalil pada minit kesembilan dan ke-13.

Ketinggalan dua jaringan tidak mematahkan semangat THT apabila menemui peluang menghasilkan jaringan dua minit kemudian menerusi Faizal Saari sebelum Muhammad Arif Syafie Ishak menyamakan kedudukan pada minit ke-17. 

Kebangkitan THT tidak berakhir di situ apabila mereka mendahului perlawanan hasil Mohamad Akhimullah Anuar Esook empat minit kemudian.

Dua jaringan tambahan daripada Muhammad Razie Abd Rahim dan Mohamad Ashran Hamsani buat UniKL serta Faizal Saari sekali lagi mencetak nama selaku penjaring membawa perlawanan ke penentuan penalti.

Kegagalan pemain UniKL menyumbat jaringan dalam penentuan digunakan sebaik mungkin THT untuk menang 2-0 sekaligus dinobat sebagai juara.

Keputusan lain:

Ketiga/Keempat

TNB 1 MAYBANK 0

Saingan Wanita:

Piala Vivian May Soars

Final

PKS UNITEN-KPT 1 UNIKL LADIES 0

Ketiga/Keempat

PDRM BLUE WARRIORS 4 SABAH 0

Tentang Penulis

Ammar Hakim

Komen