Persembahan di penghujung permainan mengingatkan Perak bahawa ada tugas yang perlu diperbaiki menjelang saingan sebenar Piala Razak, seminggu lagi.

Walaupun selesa mendahului 3-0, gawang skuad yang diketuai Sukri Mutalib itu bolos dua kali kepada PDRM ketika menuju waktu penamat, justeru ia menuntut perubahan mentaliti sekiranya mereka berhasrat mengekalkan kejuaraan.

"Perlawanan persahabatan kebiasaannya bertujuan untuk membentuk keserasian pemain memandangkan ini peluang kami kerana kami tinggal berjauhan.

"Dalam tempoh seminggu dua ini kami cuba dapatkan kombinasi dan menerapkan taktikal jurulatih.

"Terdapat sedikit kelonggaran di penghujung permainan dan kami perlu ubahnya.

"Terdapat beberapa pemain yang bersikap sambil lewa dan ia perlu atasinya sebelum perlawanan akan datang," katanya di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil, hari ini, menjelang pertandingan yang melibatkan 15 pasukan lelaki sementara 11 wanita itu.


Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Program Pembangunan Hoki Negara bil.02/2020 telah dipengerusikan bersama oleh Ketua...

Posted by Malaysian Hockey Confederation on Tuesday, September 8, 2020


Dengan kemenangan 3-2 itu, Perak masih mengekalkan rekod bersih dalam ketiga-tiga perlawanan ujian, namun mereka tidak boleh cepat berpuas hati dengan peningkatan ketajaman di kubu lawan juga dituntut.

"Kami akan nilai semula permainan kami dan jurulatih akan suarakan cadangannya terhadap jentera serangan."