LHM: Tiga kes positif gugat persiapan THT 

Oleh Shaiful Shamsudin 25 Februari 2021 114
LHM: Tiga kes positif gugat persiapan THT 
Tiga pemain Terengganu Hockey Team (THT) termasuk penyerang utama skuad kebangsaan disahkan positif COVID-19, dua hari menjelang sesi latihan pertama mereka.

Keputusan ujian calitan itu merupakan satu tamparan hebat terhadap usaha Konfederasi Hoki Malaysia membentuk (KHM) gelembung sukan menjelang aksi pembuka tirai di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, 11 Mac depan.

THT mengesahkan tiga tonggak utama mereka positif pandemik itu selepas menjalani ujian calitan, kelmarin. 

Mereka antara 14 pemain kumpulan pertama yang menjalani ujian calitan sementara baki 14 pemain dan pegawai lagi akan menerima keputusan esok. 

"Mereka memang duduk di rumah di Kuala Lumpur sementara yang lain tinggal di hotel. Itu yang saya pelik. 

"Memandangkan tiga pemain yang positif, kami akan tetap teruskan misi. 

"(Masih) ada masa untuk mereka menjalani kuarantin sebelum balik (ke pangkuan pasukan) selepas pulih," katanya ketika diwawancara maya bersama wartawan Astro Arena, Bazly Azmi, hari ini. 

 

Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Kewangan dan Pemasaran KHM dipengerusikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kewangan dan...

Posted by Malaysian Hockey Confederation on Thursday, February 25, 2021



Ketiga-tiga pemain terbabit, Faisal Saari, Abd Khalid Hamirin (penyerang) dan Shello Silverius (pemain tengah), diarahkan menjalani proses kuarantin kendiri selama 10 hari dengan pihak pengurusan THT merancang untuk menempatkan mereka dalam sebuah kediaman.

Kebimbangan ketika ini ialah ada dalam kalangan pemain yang positif COVID-19 dikesan tinggal bersama pemain pasukan lain yang turut akan beraksi dalam saingan Liga Hoki Malaysia (LHM). 

"Bukan kami sahaja yang khuatir, mana-mana pasukan sekalipun. 

"Kami tunggu sehari dua ini untuk gambaran lebih besar. 

"Kalau semua pemain lepas (negatif), maka kami akan memulakan latihan pasukan Sabtu ini," katanya lagi. 

Beberapa pasukan seperti UniKL dan NurIinsafi sudah menjalani ujian calitan dengan tiada sebarang kes positif virus berkenaan itu. 

LHM akan berlangsung lebih awal iaitu pada 11 Mac hingga 3 April untuk (kategori) lelaki dan 15 Mac-3 April untuk wanita. 

Semua pasukan akan melaporkan diri pada 10 Mac sebelum aksi pertama dengan siri ujian calitan yang ditetapkan. 
 

Tentang Penulis

Shaiful Shamsudin

Komen