KLHA diarah tinggalkan Stadium Hoki Kuala Lumpur

Oleh Ammar Hakim 16 Jun 2020 1119
KLHA diarah tinggalkan Stadium Hoki Kuala Lumpur
Timbalan Presiden Persatuan Hoki Kuala Lumpur (KLHA), I. Vickneswaran, kecewa dengan sikap segelintir pegawai badan induk wilayah itu yang meletakkan persatuan itu berdepan risiko menjadi gelandangan, ia susulan arahan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur untuk mengosongkan pejabat Stadium Hoki Kuala Lumpur di Bangsar.

KLHA perlu mengosongkan pejabat di Stadium Hoki Kuala Lumpur serta-merta, DBKL mengeluarkan arahan 2 Jun lalu untuk menamatkan kontrak kepada KLHA sebagai pihak yang menguruskan venue ini.

Tindakan tersebut susulan kegagalan KHA menguruskan venue ini dengan baik sejak kebelakangan ini.

Untuk rekod, KLHA mula menguruskan Stadium Hoki Kuala Lumpur sejak 1988.

Arahan ini memberikan tamparan hebat kepada KLHA menjelang dua kejohanan yang dijadual dianjurkan tahun ini -- Liga Hoki Remaja dan Piala Razak.

"Saya sangat hairan dengan situasi yang dihadapi ini. Saya menerima perkhabaran mengenai KLHA diarah untuk keluar daripada Stadium Hoki Kuala Lumpur menerusi media," kata Vickneswaran.

"Stadium ini amat penting bagi pembangunan sukan hoki di Kuala Lumpur," kata Naib Presiden KLHA, Vic Suppiah.

"Inilah satu-satunya padang hoki bagi warga Kuala Lumpur dan di sini lahirnya pemain-pemain daripada peringkat muda sehingga senior," kata Pengurus DBKL-HDP, Abd [email protected] Pendek.

Tentang Penulis

Ammar Hakim

Komen