KHM sahkan Piala Sultan Azlan Shah ditunda

Oleh Muzaffar Musa 2 Mac 2020 303
KHM sahkan Piala Sultan Azlan Shah ditunda
Timbalan Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (KHM), Datuk Dr. S. Shamala, mengesahkan Piala Sultan Azlan Shah, yang sepatutnya bermula 11 April ini, terpaksa ditunda kepada 24 September depan ekoran kebimbangan wabak Covid-19. 

Skuad negara kendalian Roelant Oltmans, yang baru memulakan sesi latihan pertama semalam, akan meneruskan sesi latihan mereka sehingga tarikh berkenaan.

KHM akan memanfaatkan sepenuhnya tempoh itu untuk menambah aksi pemanas badan bagi memastikan skuad negara lebih bersedia.

Sebelum ini, The Malaysian Hockey Tigers hanya mempunyai satu perlawanan persahabatan menentang Kanada di Ipoh sebagai persiapan sebelum menghadapi kejohanan itu.

"Kami baru dimaklumkan oleh penganjur bahawa mereka akan menangguhkan kejohanan ini kepada September depan kerana masalah wabak koronavirus.

"Saya rasa ia tidak akan menjejaskan latihan kerana kami memang sudah merancang untuk mengadakan latihan jangka panjang.

"Kami hanya akan menyusun semula jadual persediaan bagi menghadapi Piala Sultan Azlan Shah pada September depan," katanya.

Ketika ini, 34 pemain dipanggil bagi membentuk skuad negara yang lebih muda.

Antara tonggak senior yang digugurkan ialah Sukri Mutalib, Faizal Saari, Fitri Saari, Joel Van Huizen dan Nabil Fikri Mohd Noor.

Tentang Penulis

Muzaffar Musa

Komen