Pengerusi Jawantankuasa Pertandingan Konfederasi Hoki Malaysia (KHM), Datuk Seri Dr Anil Jeet Singh, menegaskan Liga Hoki Remaja (LHR) tidak akan mengulangi kesilapan yang dilalui ketika Liga Hoki Malaysia (LHM) sebelum ini.

"Kami telah meneliti setiap pasukan yang menghantar penyertaan saingan LHR musim ini. Mana-mana pasukan yang meragukan, kami akan meminta dokumen-dokumen yang diperlukan dan kami enggan mengulangi kesilapan sepert saingan LHWM 2020," kata Anil.

Ia ekoran dakwaan terhadap peristiwa juara Liga Hoki Wanita malaysia (LHWM), Hockademy belum menjadi ahli gabungan Persatuan Hoki Kuala Lumpur (KLHA) ketika mengesahkan penyertaan liga.

KHM mengadakan mesyuarat jawatankuasa pertandingan menjelang LHR yang bakal berlangsung 25 Mac sehingga 19 April supaya tidak menghadapi kemelut yang sama.

LHR juga bakal memperkenalkan sistem penjualan tiket musim ini bagaimanapun akan diputuskan pada mesyuarat kedua selewat-lewatnya 15 Mac ini.

"Sistem penjualan tiket ini bakal diperkenalkan sebagai langkah untuk meningkatkan lagi sukan hoki di negara Malaysia."