Kepulangan semula tonggak skuad hoki negara, Muhammad Razie Abdul Rahim dan Nabil Fiqri Mohd Noor, menjadi pembakar semangat untuk Malaysia mencabar Trofi Juara-Juara Asia 2016 yang bermula Khamis ini, selepas lima bulan meninggalkan pasukan.

Razie dan Nabil yang sedang menjalani kursus latihan asas inspektor polis, diberi pelepasan bagi membantu kempen Malaysia di Kuantan, mencetuskan berita gembira buat The Malaysian Hockey Tigers.

Walaupun kaya dengan pengalaman, namun mereka masih memerlukan masa untuk membentuk persefahaman terbaik selepas lima bulan meninggalkan pasukan.

“Misi dalam masa terdekat ini adalah untuk mendapatkan sentuhan saya semula, terutama sekali teknik 'flicking',” kata Razie.

“Persefahaman di antara pemain tidak mempunyai masalah, sebab saya telah bermain dengan pemain-pemain yang sedia ada ketika beraksi di Piala Sultan Azlah Shah 2010, jadi tiada masalah keserasian,” ujar Nabil.

Aksi persahabatan di Kuantan menyaksikan Malaysia tewas 0-2 kepada India, semalam.

Skuad kendalian Stephen Van Huizen hanya akan fokus terhadap sesi latihan untuk aksi pembukaan menentang Pakistan, Khamis ini.

Senarai 18 Pemain:

S Kumar, Hafizuddin Othman (penjaga gol); Razie Abd Rahim, Najib Abu Hassan, Sukri Mutalib, Najmi Farizal Jazlan, Faiz Helmi Jali (pertahanan); Nabil Fiqri Mohd Noor, Azri Hassan, Joel Van Huizen, Nik Mohammad Aiman Nik Rozemi, Meor Muhamad Azuan Hasan, Fitri Saari (tengah); Faizal Saari, Firhan Ashari, Haziq Samsul, Rashid Baharom, Shahril Saabah