Juliani sedia ganti tempat Amarina

Oleh Ammar Hakim 3 April 2020 154
Juliani sedia ganti tempat Amarina
Pertahanan skuad hoki wanita negara, Juliani Mohamad Din, sedia menggalas tugas andai dilantik sebagai kapten baru menggantikan Siti Noor Amarina Ruhani, yang mengumumkan persaraan.

Tiga nama dikaitkan sebagai calon terbaik menggantikan Amarina yang mengumumkan persaraan semalam.

Dalam senarai itu, Juliani paling senior selepas mewakili negara sejak 16 tahun lalu.

Pertahanan berusia 35 tahun itu merupakan pemain paling berpengalaman The Malaysian Tigress di mana dia sudah 16 tahun mewakli negara.

Bagaimanapun, ia terpulang kepada jurulatih baru yang bakal dilantik.

"Sepanjang saya dalam skuad kebangsaan, setiap pemain memberikan kerjasama dalam sesi latihan dan sepanjang permainan. Saya akan cuba menggalas tugas ini dengan sebaik mungkin jika dipilih sebagai kapten pasukan, namun ia bergantung kepada keputusan jurulatih," kata Juliani.

Tentang Penulis

Ammar Hakim

Komen