Hoki Piala Dunia: Aikman pilih Malaysia untuk mara 

Oleh Staff Writer 5 Disember 2018 607
Hoki Piala Dunia: Aikman pilih Malaysia untuk mara 
Jurulatih skuad hoki Jepun, Siegfried Aikman, memilih Malaysia untuk menang ke atas Pakistan dalam pertembungan di antara dua gergasi Asia itu untuk memburu tiket ke pusingan kedua Kejohanan Hoki Piala Dunia 2018 yang menjadi rebutan, malam ini.

Aikman mencipta sejarah apabila membantu Jepun menumbangkan Malaysia dalam final Sukan Asia Indonesia, September lalu.

Beliau kini berada di Bhubaneswar, India, untuk menyaksikan Piala Dunia 2018.

Pengendali kelahiran Belanda tersebut memilih Malaysia untuk menang malam ini atas beberapa faktor.

"Pertemuan di antara Malaysia dan Pakistan sentiasa sengit. 

"Kedua-dua pasukan menampilkan pendekatan sedikit berbeza, kedua-duanya memiliki pengetahuan mengenai pasukan lawan. 

"Saya fikir Malaysia memiliki peluang lebih cerah untuk mencipta kemenangan. 

"Meskipun Pakistan dalam prestasi yang baik, Malaysia pula tidak akan rugi apa-apa lagi dalam perlawanan ini. Apabila dalam situasi itu, maka mereka tidak begitu tertekan," ujarnya. 
 

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen