MPLI: Dua wakil negara langkah kiri 

Oleh Shaiful Shamsudin 19 Jun 2020 216
MPLI: Dua wakil negara langkah kiri 
Dua wakil Malaysia, Team SMG dan Todak , gagal menyekat keampuhan negara jiran, Indonesia, ketika membuka kempen Kejohanan Piala  Empat Negara Jemputan Liga Profesional Mobile Legends  (MPLI) hari ini. 

Onic Esports terlebih dahulu membenam Todak 2-0 sebelum SMG tewas dua kali berturut-turut kepada Aurafire dan Onic. 





Kedudukan itu meletakkan dua wakil negara berkenaan menghuni dua tangga tercorot dalam Kumpulan A. 

Esok, dua lagi pasukan dari Malaysia, Geek Fam Malaysia dan Team Bosskurr, akan bertempur dengan pasukan dari Singapura dan Indonesia dalam merintis hadiah keseluruhan bernilai $100,000 (RM427,930).




 

Tentang Penulis

Shaiful Shamsudin

Komen